World Of Nature

 VillaBaity Temerloh Homestay Map






Offical website of Deerland

  

Welcome to Seladang Santuary!
This 50-hectare area in South Jenderak, about 130km from Kuantan, is a sanctuary for the endangered gaur. It is the second largest land mammal after the elephant. Enjoy this rare and thrilling opportunity to stand close to them!



Temerloh Mini Zoo


Mini Zoo

Lokasi : Jalan Bahagia, Temerloh
(Berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Bahagia)

Satu-satunya zoo yang terdapat di Temerloh. Mempunyai keluasan lebih kurang 1 ekar. Menjadi tumpuan pengunjung di waktu cuti untuk melihat keindahan alam flora dan fauna. Ia menjadi salah satu tempat untuk mengekalkan hidupan yang semakin pupus kini. Pengunjung dapat melihat pelbagai spesis haiwan yang ada. Di sini terdapat 26 spesis burung, 3 spesis reptilia, dan 5 spesis akuatik.
Mini Zoo
Waktu lawatan dan harga tiket adalah seperti berikut:-
Mini Zoo

Di zoo ini pengunjung akan terhibur dan tertarik dengan kepetahan Burung Tiong yang boleh berkata-kata. Kehadiran pengunjung akan disambut dengan keriuhannya. Antara burung-burung yang ada, Burung Takur Mas, Bayan Nuri, Merpati Belibis, Tekukur, Kuang Raya, Burung Kuak.
Mini ZooMini Zoo
Spesis-spesis lain pula seperti kera, duku/kongkang, barau-barau, landak raya, harimau kumbang, musang lamri, pelanduk, beruang, ungka, rusa, memerang, buaya, binturong, dan banyak lagi.
Mini Zoo
Di zoo ini terdapat seekor spesis kera Albino yang jarang dapat dilihat. 

Untuk Melihat Secara Lebih Dekat Anda Bolehlah Berkunjung Ke MINI ZOO TEMERLOH.
Mini Zoo

 

 

Berita menarik:

->selamatkan-gunung-jebak-puyuh

Gunung Senyum : Percutian penuh misteri

JIKA ingin pengalaman beriadah sambil melancong ke lokasi percutian penuh misteri tetapi penuh keindahan alam semula jadi, Hutan Lipur Gunung Senyum, Temerloh, Pahang adalah lokasi terbaik.
Beberapa bahagian gua yang diterokai turut menawarkan pemandangan indah landskap semula jadi bukit batu kapur dan terletak berhampiran inap desa Felda Jengka 25.

Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik.

Bagaimanapun, masih ramai tidak mengetahui kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik.


Apakah keistimewaan gunung setinggi 1,594 meter dari aras laut itu sehingga menerima gelaran sedemikian?

Bagi kakitangan Jabatan Perhutanan Pahang yang bertugas sebagai Jurupandu Gua, Saudi Mohd Yasin, ia bermula ketika Almarhum Sultan Pahang, Sultan Ahmad (1863-1892) terpandang sebuah gunung yang belum mempunyai nama.

Sultan Pahang dikatakan bertanyakan pengiringnya nama gunung itu tetapi gagal mendapat jawapan.

“Sebaliknya, pengiring baginda hanya berpandangan antara satu sama lain sambil tersenyum.

“Bagi mengelak rasa malu dengan Orang Besar Pahang yang ada bersamanya, baginda menamakannya Gunung Senyum kerana gelagat pegawai istananya yang asyik tersenyum,” katanya.

Sebahagian daripada 18 gua di Gunung Senyum dan 7 gua di Gunung Jebak Puyuh itu menyimpan pelbagai tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan komersial.

Saudi yang memiliki pengalaman lebih 15 tahun sebagai pendaki gua di situ, berkata antara gua yang menjadi pilihan pengunjung ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.

Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular.

Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu. Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nesan di dalamnya.

Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal orang bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu.

“Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini.

“Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia.

“Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi,” katanya.

Gua Terang Bulan mempunyai keistimewaan tersendiri kerana jika bernasib baik, anda dapat menikmati cahaya yang memasuki gua begitu terang umpama disinari cahaya bulan.

Terdapat juga Gua Taman Satu dan Gua Taman Dua yang menyerupai sebuah taman rekreasi yang terpelihara dan tersusun rapi tumbuh-tumbuhan di sekitarnya.

Di Gua Taman Dua terdapat ukiran unik umpama kuda laut, cendawan dan batu karang yang terhasil daripada hidupan laut jutaan tahun lalu.

Mungkinkah Gunung Senyum dahulu dilitupi lautan kerana kewujudan itu umpama khazanah di di dasar laut?

Kawasan kaki gunung itu juga sesuai untuk meredah hutan. Untuk sampai ke sebuah gunung berhampiran iaitu Gunung Jebak Puyuh, anda perlu berjalan kaki selama 45 minit.

Di sini, anda boleh menemui tumbuhan unik dikenali sebagai Ara Albino (Ficus Albino) ada 18 banir dengan ketinggian mencecah 16.5 meter manakala Kesenai hanya ditemui di Gua Taman Satu dalam keadaan berpasangan.

Jika berminat meneroka gua ini, anda perlu mendapatkan khidmat pemandu pelancong dan mendaftar dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). 

 
Web Analytics