KEMUDAHAN PENGINAPAN DI TEMERLOH PAHANG
HUBUNGI VILLABAITY TEMERLOH HOMESTAY 0192241068 0169222616TAHUKAH ANDA?
Temerloh adalah sebuah bandar di tengah-tengah negeri Pahang, Malaysia yang terletak di persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Temerloh berada pada ketinggian 163 kaki di atas aras laut dan kedudukan geografinya ialah 3°27'U dan 102°26'T. Bandar ini bermula daripada aktiviti perdagangan yang wujud sejak dahulu kerana daripada lokasinya yang strategik. Bandar ini telah digelar "Bandar Ikan Patin".
Temerloh juga merupakan nama sebuah daerah yang terletak di Pahang. Keluasannya 225,086 hektar (2,251 km persegi), dengan penduduk (2009) 164,900 orang. Daerah Temerloh diwujudkan pada 1 Julai 1889 dengan E.A. Wise dilantik sebagai 'Pemungut dan Pengadil' pertama. Kemudian jawatan tersebut diubah menjadi 'Pegawai Daerah' dan W.L. Conlay menjadi orang pertama menjadi Pegawai Daerah Temerloh mulai 1898. Pegawai Daerah terkini, yang ke-67 adalah Dato' Hj. Tarif Bin Abdul Rahman. Memandangkan kedudukannya di tengah-tengah Semenanjung, gelaran 'Titik Tengah Semenanjung' telahpun menjadi nama jolokan daerah ini.[1]
PELANCONGAN DI TEMERLOH
- Hutan Lipur Gunung Senyum
- Pusat Pemuliharaan Seladang, Jenderak Selatan
- Pusat Latihan Kepelbagaian Biologi Kebangsaan Bukit Rengit
- Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Jenderak Selatan
- Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah Lanchang
- Homestay - Desa Murni Kerdau Dan Persekitaran Krau (Jengka 25 dan Rumpun Makmur)
- Air Terjun Lata Bujang
- Taman Rusa, Kuala Gandah, Lanchang
- Jambatan Gantung Kuala Sg Semantan-Tanjung Keramat
- Air Terjun Paya Taram, Kerdau
- Air Terjun Paya Kujan, Songsang
- Pekan Sehari Temerloh
- Perkampungan Orang Asli Che' Wong, Kuala Gandah (dipercayai ini adalah salah satu daripada dua perkampungan suku kaum Che' Wong yang masih ujud di dunia)
- Wadi Al Amin (Taman Air Berhala Gantang)