Sunday, December 27, 2009

LPT @ Temerloh


Sejarah dan Asal Usul
Daerah Temerloh adalah terletak ditengah-tengah Negeri Pahang. Terletak bersempadan dengan Daerah Maran di sebelah timor, Daerah Bentong di sebelah barat, Daerah Jerantut di sebelah utara dan Daerah Bera di sebelah selatan. Sekiranya kedudukan ini diambilkira maka daerah ini mempunyai kelebihan berbanding dengan daerah-daerah lain di Negeri Pahang. Ini ditambah pula jika didasarkan kepada kedudukan geografi yang berada ditengah-tengah Semenanjung Malaysia. Denga rangkaian jaringan perhubungan jalanraya dan keretapi, maka Daerah Temerloh mudah menerima kesan limpahan (spill-over) dari kepesatan pembangunan Lembah Kelang dan juga Pelabuhan Kuantan
Keluasan Daerah Temerloh 2,250 km persegi bersamaan 225,070 hektar.Keseluruhan kawasan ini dibahagikan kepada 2 kategori utama iaitu Kawasan Majlis Perbandaran seluas 1442 km. persegi (64.08%), dan Kawasan diluar Majlis Perbandaran seluas 808 km. persegi (35.92%).
Terdapat 10 Mukim di Daerah Temerloh iaitu Mukim Bangau, Mukim Jenderak, Mukim Kerdau, Mukim Lebak, Mukim Lipat Kajang, Mukim Mentakab, Mukim Perak, Mukim Songsang, Mukim Sanggang dan Mukim Semantan.
Bilangan Kampung Tradisional yang ada sebanyak 234 buah. Bilangan Kampung Baru Cina sebanyak 6 buah.Bilangan Rancangan Pembangunan Tanah FELDA ialah 7 buah iaitu Felda Jenderak Utara, Felda JendeBilangan Kampung Tradisional yang ada adalah sebanyak 234 buah, sementara Kampung Baru Cina rak Selatan, Felda Jengka 25, Felda Jengka 22, Felda Jengka 23, Felda Lakum dan Felda Bukit Damar
Penduduk Daerah Temerloh pada tahun 1996 dianggarkan berjumlah 136,100 orang, iaitu daerah kedua teramai dalam Negeri Pahang. Pembahagian penduduk mengikut etnik adalah seperti berikut : Melayu 92,486 orang, Cina 21,123 orang, India 12,548 orang, Lain-lain 3,525 orang dan Bukan Warganegara 6,418 orang.
Struktur Penduduk mengikut Umur pula adalah seperti berikut iaitu umur 0-14 seramai 50,820 orang, 15-64 tahun seramai 73,230 orang, 65 tahun ke atas seramai 4,450 orang. Jumlah keseluruhan 128,500 orang.
Mukim
Terdapat sepuluh buah Mukim di Daerah ini (Mukim Bangau , Jenderak , Perak , Lebak , Songsang , Lipat Kajang , Mentakab , Semantan dan Kerdau ). Bilangan Kampung Tradisi yang ada adalah sebanyak 234 buah. Bilangan Kampung Baru Cina ialah 6 buah. Bilangan Rancangan Pembangunan Tanah FELDA ialah 7 buah iaitu FELDA Jenderak Utara , Jenderak Selatan , Jengka 25 , Jengka 22 , Jengka 23 , Felda Lakum dan Bukit Damar.Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
Kampung. Tradisional sebanyak 234 buah kampung, 83 JKKK, Kampung. Baru Cina sebanyak 6 buah kampung, 6 JKKK, Rancangan Felda sebanyak 7 buah kampung, 7 JKKR.
Bandar-Bandar
Terdapat 2 buah bandar besar iaitu Bandar Temerloh (pusat pentadbiran) dan Bandar Mentakab (pusat komersil). Bandar-bandar kecil yang lain ialah Lanchang , Kerdau dan Kuala Krau.
more info: http://pdttemerloh.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&catid=&id=18:profail-temerloh

No comments:

Post a Comment

 
Web Analytics